Friday, 11 April 2014

Tajuk Pertandingan Blog 2014



          KEPENTINGAN MEMATUHI PAPAN TANDA JALAN RAYA

        Sejak akhir-akhir ini,kita sering kali mendengar tentang kemalangan-kemalangan jalan raya, tajuk-tajuk berita seperti di atas sering dipaparkan dalam media massa sama ada media cetak atau media elektronik. Fenomena ini kian kritikal dan menggusarkan fikiran masyarakat.

Papan tanda yang disediaakan oleh pihak berkuasa (JKR)
bertujuan untuk memudahkan pengguna jalan raya mengetahui arah destinasi yang ingin dituju.Terdapat beberapa jenis papan tanda yang digunakan namun penggunaannya bergantung kepada kesesuaian panduan atau arahan yang ingin disampaikan.penggunaan papan tanda mampu memberi kesan positif terhadap pengguna jalan raya.Namun,masih terdapat segelintir pengguna jalan raya yang melanggar papan tanda jalan raya kerana ingin segera sampaai ke destinasi.
Ikut nafsu lesu,Ikut hati Mati.


              Peratus kes kemalangan ini terus meningkat dari setahun ke setahun,terutamanya pada musim perayaan.Senario yang menggemparkan ini tidak boleh dibiar berterusan dan mesti ditangani dengan secepat mungkin. Hukuman berat mesti dikenakan terhadap sesiapa yang berani melanggar peraturan di jalan raya. Bak kata peribahasa, "
setinggi-tinggi terbangnya bangau, akhirnya pasti jatuh ke tanah’’

 Kemalangan jalan raya tidak harus dipandang enteng,
Mesti dibanteras ke akar umbi,
Kudrat semua pihak mesti digembleng,
Azam janganlah berbelah bagi.

Pemandu hendaklah sentiasa mematuhi tanda-tanda isyarat dan peraturan-peraturan jalan raya yang ditetapkan untuk mempastikan keselamatan terjamin.Semua pemandu hendaklah sentiasa mematuhi tanda-tanda isyarat dan peraturan-peraturan jalan raya yang ditetapkan untuk mempastikan keselamatan terjamin. Oleh itu amat penting untuk mempelajari, mengetahui dan memahami makna setiap tanda-tanda isyarat lalu lintas yang digunakan dijalan raya











                                                   
    Antara faktor utama yang melibatkan kemalangan jalan raya ialah kecuaian pemandu,seperti contoh pemandu memandu dalam keadaan letih dan mengantuk.Akibat ingin segera sampai ke destinasi,mereka tidak menghiraukan keadaan mereka dalam kepenatan.Kita sepatutnya berhenti di bahu jalan untuk berehat bagi mengurangkan rasa keletihan dan mengantuk.

     Kesalahan yang selalu dilakukan oleh pengguna jalan raya,memandu melebihi had laju yang ditetapkan dan menggunakan telefon bimbit semasa memandu. Walaupun banyak papan tanda had laju diletakkan di sepanjang jalan raya dan kawalan lalu lintas oleh pihak berkuasa, namun mereka masih berdegil dan memandu sesuka hati tanpa memikirkan keselamatan diri sendiri dan orang lain.Oleh itu,papan tanda jalan raya yang diletakkan oleh pihak JPJ membantu sedikit sebanyak mengurangkan kemalangan.'

       Sesetengah pemandu tidak prihatin terhadap kenderaan yang dinaiki mereka,Seperti brek,tayar yang haus dan sebagainya.kita dinasihatkan supaya memeriksa dahulu kenderaan kita sebelum memulakan perjalanan supaya selamat di jalan raya. Pihak kerajaan daripada pelbagai jabatan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, polis, dan Jabatan Kerja Raya harus membuat pemantauan dari semua aspek untuk mendisiplinkan para pemandu dan menyediakan laluan jalan raya yang selesa demi keselamatan pemandu.

pelaksanaan denda atau saman bagi kesalahan jalan raya adalah antara langkah yang wajar diambil untuk menyedarkan pengguna jalan raya.
       Keadaan jalan raya kurang baik menjejaskan pemandu jalan raya.Faktor-faktor melibatkan gangguan pembaikan jalan raya.Hujan lebat berpanjangan dan kemarau dapat mengikis jalan.Oleh yang demikian,pihak yang yang bertanggungjawab mesti mengambil tindakan yang segera.Untuk mengelakkan kejadian kemalangan yang teruk meningkat, langkah-langkah yang praktikal perlu diambil oleh semua pihak. Pihak kerajaan, swasta dan rakyat harus bekerjasama demi memastikan keselamatan semua. 
             
       Masyarakat harus sedar tentang peranan masing-masing di jalan raya. Mereka tidak harus mementingkan diri sendiri sebaliknya perlu bertolak ansur dengan pengguna jalan raya yang lain. Peraturan papan tanda jalan raya haruslah dipatuhi untuk memastikan keselamatan semua pihak. Jangan gopoh gapah semasa memandu kerana kecuaian menjadi punca nyawa sendiri dan orang lain yang tidak bersalah turut terancam. 

   Setakat ini sahaja coretan saya tentang kepentingan papan tanda jalan raya.  Akhir Kalam sebagai Kesimpulannya, keselamatan di atas jalan raya merupakan tanggungjawab pengguna jalan raya sendiri. Kecuaian merupakan punca utama kemalangan berlaku dan hal ini tidak harus dibiarkan berterusan untuk menjamin keselamatan semua pihak. Manusia memang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan tetapi kesilapan yang dapat menyebabkan nyawa orang lain juga turut melayang haruslah dielakkan demi kesejahteraan bersama.Saya tinggalkan serangkap pantun::
                                        
Jalan-jalan ke pasar raya,
Hendak membeli buah rambutan
Berhati-hati di jalan raya
Jangan lupa jaga keselamatan.

 DIsini saya sertakan video panduan keselamatan jalan raya:-

                                       


   

No comments:

Post a Comment