KEPENTINGAN MEMATUHI PAPAN TANDA JALAN RAYA
Sejak akhir-akhir ini,kita
sering kali mendengar tentang kemalangan-kemalangan jalan raya, tajuk-tajuk
berita seperti di atas sering dipaparkan dalam media massa sama ada media cetak
atau media elektronik. Fenomena ini kian kritikal dan menggusarkan fikiran
masyarakat.
Papan tanda yang disediaakan oleh pihak berkuasa (JKR)
bertujuan untuk memudahkan pengguna jalan raya mengetahui arah destinasi yang ingin dituju.Terdapat beberapa jenis papan tanda yang digunakan namun penggunaannya bergantung kepada kesesuaian panduan atau arahan yang ingin disampaikan.penggunaan papan tanda mampu memberi kesan positif terhadap pengguna jalan raya.Namun,masih terdapat segelintir pengguna jalan raya yang melanggar papan tanda jalan raya kerana ingin segera sampaai ke destinasi.
Ikut nafsu lesu,Ikut hati Mati.
Papan tanda yang disediaakan oleh pihak berkuasa (JKR)
bertujuan untuk memudahkan pengguna jalan raya mengetahui arah destinasi yang ingin dituju.Terdapat beberapa jenis papan tanda yang digunakan namun penggunaannya bergantung kepada kesesuaian panduan atau arahan yang ingin disampaikan.penggunaan papan tanda mampu memberi kesan positif terhadap pengguna jalan raya.Namun,masih terdapat segelintir pengguna jalan raya yang melanggar papan tanda jalan raya kerana ingin segera sampaai ke destinasi.
Ikut nafsu lesu,Ikut hati Mati.
Peratus kes kemalangan ini terus
meningkat dari setahun ke setahun,terutamanya pada musim perayaan.Senario yang
menggemparkan ini tidak boleh dibiar berterusan dan mesti ditangani dengan
secepat mungkin. Hukuman berat mesti dikenakan terhadap sesiapa yang berani
melanggar peraturan di jalan raya. Bak kata peribahasa, "
setinggi-tinggi
terbangnya bangau, akhirnya pasti jatuh ke tanah’’
Kemalangan jalan raya tidak harus dipandang
enteng,
Mesti dibanteras ke akar umbi,
Kudrat semua pihak mesti
digembleng,
Pemandu hendaklah sentiasa mematuhi tanda-tanda isyarat dan peraturan-peraturan jalan raya yang ditetapkan untuk mempastikan keselamatan terjamin.Semua
pemandu hendaklah sentiasa mematuhi tanda-tanda isyarat dan
peraturan-peraturan jalan raya yang ditetapkan untuk mempastikan
keselamatan terjamin. Oleh itu amat penting untuk mempelajari,
mengetahui dan memahami makna setiap tanda-tanda isyarat lalu lintas
yang digunakan dijalan raya.
Antara
faktor utama yang melibatkan kemalangan jalan raya ialah kecuaian
pemandu,seperti contoh pemandu memandu dalam keadaan letih dan mengantuk.Akibat
ingin segera sampai ke destinasi,mereka tidak menghiraukan keadaan mereka dalam
kepenatan.Kita sepatutnya berhenti di bahu jalan untuk berehat bagi
mengurangkan rasa keletihan dan mengantuk.
Kesalahan yang selalu dilakukan oleh
pengguna jalan raya,memandu melebihi had laju yang ditetapkan dan menggunakan
telefon bimbit semasa memandu. Walaupun banyak papan tanda
had laju diletakkan di sepanjang jalan raya dan kawalan lalu lintas oleh pihak
berkuasa, namun mereka masih berdegil dan memandu sesuka hati tanpa
memikirkan keselamatan diri sendiri dan orang lain.Oleh itu,papan tanda jalan
raya yang diletakkan oleh pihak JPJ membantu sedikit sebanyak mengurangkan
kemalangan.'
Sesetengah pemandu tidak prihatin
terhadap kenderaan yang dinaiki mereka,Seperti brek,tayar yang haus dan
sebagainya.kita dinasihatkan supaya memeriksa dahulu kenderaan kita sebelum
memulakan perjalanan supaya selamat di jalan raya. Pihak kerajaan daripada
pelbagai jabatan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, polis, dan Jabatan Kerja
Raya harus membuat pemantauan dari semua aspek untuk mendisiplinkan para
pemandu dan menyediakan laluan jalan raya yang selesa demi keselamatan pemandu.
pelaksanaan denda atau saman bagi kesalahan jalan raya adalah antara langkah yang wajar diambil untuk menyedarkan pengguna jalan raya.
pelaksanaan denda atau saman bagi kesalahan jalan raya adalah antara langkah yang wajar diambil untuk menyedarkan pengguna jalan raya.
Keadaan jalan raya kurang baik
menjejaskan pemandu jalan raya.Faktor-faktor melibatkan gangguan pembaikan
jalan raya.Hujan lebat berpanjangan dan kemarau dapat mengikis
jalan.Oleh yang demikian,pihak yang yang bertanggungjawab mesti mengambil
tindakan yang segera.Untuk mengelakkan kejadian kemalangan yang teruk
meningkat, langkah-langkah yang praktikal perlu diambil oleh semua pihak. Pihak
kerajaan, swasta dan rakyat harus bekerjasama demi memastikan keselamatan
semua.
Masyarakat harus sedar tentang peranan
masing-masing di jalan raya. Mereka tidak harus mementingkan diri sendiri
sebaliknya perlu bertolak ansur dengan pengguna jalan raya yang lain. Peraturan
papan tanda jalan raya haruslah dipatuhi untuk memastikan keselamatan semua
pihak. Jangan gopoh gapah semasa memandu kerana kecuaian menjadi punca nyawa
sendiri dan orang lain yang tidak bersalah turut terancam.
Setakat ini sahaja coretan saya tentang
kepentingan papan tanda jalan raya.
Akhir Kalam sebagai Kesimpulannya, keselamatan di atas jalan raya
merupakan tanggungjawab pengguna jalan raya sendiri. Kecuaian merupakan punca
utama kemalangan berlaku dan hal ini tidak harus dibiarkan berterusan untuk
menjamin keselamatan semua pihak. Manusia memang tidak dapat lari daripada
melakukan kesilapan tetapi kesilapan yang dapat menyebabkan nyawa orang lain
juga turut melayang haruslah dielakkan demi kesejahteraan bersama.Saya
tinggalkan serangkap pantun::
Jalan-jalan
ke pasar raya,
Hendak
membeli buah rambutan
Berhati-hati
di jalan raya
Jangan
lupa jaga keselamatan.
DIsini saya sertakan video panduan keselamatan jalan raya:-
DIsini saya sertakan video panduan keselamatan jalan raya:-